Ikan Celup Tepung Kulit Rangup Lembut Isi



Bahan A

Tepung beras - 1 cawan
Tepung bestari (pedas) - 1 cawan
( Jika tiada tepung bestari boleh gunakan tepung gandum 1 cawan + serbuk lada putih 1 sk + serbuk kari ayam 1sk)
Garam - 1sk

Bahan B
Air peti ais (sejuk) - secukupnya
Ikan kembung / sardin - beberapa ekor & dibersihkan
Pewarna kuning - optional

Cara Penyediaan :
1. Gaul Bahan A terlebih dahulu sebelum dicampurkan dengan air sejuk kerana adunan kurang larut apabila telah dicampurkan air sejuk.
2. Bancuh Bahan A dengan Bahan B hingga mesra. Kepekatan adunan tidak terlalu cair & tidak terlalu pekat.
3. Salutkan ikan dengan tepung.  Kemudian panaskan minyak yang banyak dalam kuali & goreng ikan dengan api sederhana.
4.  Minyak perlu banyak & menenggelamkan ikan. Api tidak boleh terlalu besar kerana kulit ikan akan cepat garing sedangkan isi ikan kurang masak.
5. Jangan kerap balikkan ikan. Setelah masukkan ikan ke dalam kuali, hanya balikkan ikan sekali.
6.  Jika ikan dibalikkan sebelum masak, ikan cenderung melekat ke kuali. Jadi pastikan ikan telah masak barulah dibalikkan.
7.  Jika ikan melekat kepada kuali, gunakan sudip nipis dan hulurkan sudip di bawah ikan, kemudian dorong sedikit sudip ke badan ikan untuk pisahkan kulit ikan dari kuali.
8.  Angkat ikan apabila kulit ikan agak garing. Toskan.
9. Hasil gorengan kulit ikan rangup manakala isi ikannya lembut.
10. Adunan ini boleh juga digunapakai untuk menggoreng udang celup tepung, fishball dan lain-lain. 

Comments

Popular Post