Roti Jala Lembut



Bahan-bahan

Tepung gandum – 3 cawan
Susu / santan / air – 3 cawan (saya gunakan 1 cawan susu & 2 cawan air biasa)
Minyak masak – 2 ½ sb
Pewarna – terpulang atas kesukaan masing-masing. Saya gunakan sedikit kunyit untuk warna kuning.
Garam – 1sk
Telur – 1 biji

Cara Penyediaan:

1.    Kisar bahan diatas hingga sebati. Untuk mengetahui samaada adunan telah boleh digunakan untuk menjala boleh lihat adunan tidak putus-putus acuan dituangkan ke kuali.



2.    Tambahkan sedikit air jika adunan terlalu pekat.Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala (saya gunakan acuan roti jala jenis botol, 5 lubang).

3.    Panaskan kuali non-stick (jika tiada boleh gunakan apa sahaja kuali yang tidak melekat)

4.    Boleh mulakan menjala mengikut kreativiti masing-masing. Biarkan di atas kuali beberapa saat sehinga adunan masak.  

5. Roti jala tidak perlu dibalik-balikkan & boleh diangkat & digulung.

6.  Jangan terlalu lama biarkan roti jala di atas kuali kerana jika terlalu lama roti jala akan menjadi 'crunchy' & apabila dilipat akan patah.



7.    Roti jala enak dimakan bersama kari ayam (klik link untuk resepi berkaitan) @ apa-apa gulai berkaitan.

 ** Adunan di atas, kalau gunakan 1 cawan tepung equal tu 1 cawan air. Kalau buat 4 cawan tepung bermakna 3 cawan air (tak kiralah air tu campur santan ke, susu ke)

 

 

Resepi asal : AZIE KITCHEN

Comments

Popular Post