Makaroni Buttermilk


 
Bahan A (Tumis)
Bawang putih - 3 ulas
Cili padi - 1 batang (ikut kepedasan masing-masing)
Butter - 3sb
Udang / sotong / ayam - Apa2 sahaja protein yang disukai (lebih sesuai dengan seafood)
Sosej - dihiris
Daun kari - 3 tangkai (ambil daun sahaja)

Bahan B
Makaroni - direbus dengan air & sedikit garam lebih kurang 10-12 minit @ sehingga masak. Ditoskan air
Susu segar - 1 cawan (Saya gunakan susu tepung je yang dibancuh kerana susu segar tiada kat rumah)
Cendawan - hiris
Carrot - Jika suka
Chilli flakes - 1sb
Garam
Gula

Cara penyediaan

1.  Cairkan mentega dalam kuali. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih, daun kari & cili. Tumis sehingga bawang putih keperangan.

2.  Masukkan apa-apa protein yang disukai. Saya masukkan udang & sosej. Ketika udang telah masak, tuangkan air susu & perasakan dengan garam & gula. Masukkan chilli flakes.

3. Masukkan cendawan @ apa² sayur. Kalau sayur tu jenis lembut, masukkan sayur tu last supaya tidak terlalu layu. Kalau guna sayur yang agak keras seperti brokoli @ carrot kena masukkan awal.

4. Masukkan makaroni yang telah direbus & ditoskan. Gaul sebati. Matikan api.

Comments

Popular Post