Udang Celup Tepung Rangup

Bahan A
Tepung beras - 1/3 cawan
Tepung bestari (pedas) - 1/3 cawan
( Jika tiada tepung bestari boleh gunakan tepung gandum 1/3 cawan + serbuk lada putih 1/2 sk + serbuk kari ayam 1sk)
Garam - 1sk

Bahan B

Air peti ais (sejuk) - secukupnya
Udang - Dibersihkan
Pewarna kuning - optional

Cara Penyediaan :

1. Gaul Bahan A terlebih dahulu sebelum dicampurkan dengan air sejuk kerana adunan kurang larut apabila telah dicampurkan air sejuk.
2. Bancuh Bahan A dengan Bahan B hingga mesra. Kepekatan adunan tidak terlalu cair & tidak terlalu pekat.
3. Salutkan udang dengan tepung.  Kemudian panaskan minyak yang banyak dalam kuali & goreng ikan dengan api sederhana.
4.  Minyak perlu banyak & menenggelamkan udang. 
8.  Angkat udang apabila kulit udang agak garing. Toskan.
10. Adunan ini boleh juga digunapakai untuk menggoreng ikan celup tepung, fishball dan lain-lain.

Comments

Popular Post