Doh Pizza

DOH PIZZA

Bahan A 

Yis – 1 paket (11gm)
Gula – 2½ sb
Air suam – 160 ml (boleh tambah air jika adunan kelihatan terlalu kering)


Bahan B
Tepung serbaguna – 250 gm
Garam – 1sk
Minyak masak – 1 ½ 

* Adunan boleh ditambahbaik samaada menambahkan air jika terlalu kering @ menambah tepung jika adunan terlalu lembik kerana adakalanya adunan dipengaruhi oleh suhu persekitaran.

CARA PENYEDIAAN:

1. Dalam 1 bekas gaulkan bahan A.  Kacau bahan tadi.  Biarkan sehingga 5-7 minit sehingga keluar buih-buih di permukaan. Seeloknya yis tidak dicampur dengan garam kerana garam boleh menyebabkan yis kurang naik.  Air suam pula suhu yang paling sesuai untuk yis mengembang. Jadi jangan letak air yang terlalu panas @ air terlalu sejuk, gunakan air suam sahaja.

2. Dalam bekas lain, masukkan tepung serbaguna & garam. Gaulkan adunan dengan whisk (pemukul telur) supaya mesra.  Kemudian masukkan rendaman air yis ke dalam adunan & sedikit minyak. Selepas itu, canaikan doh samaada menggunakan tangan @ mixer.

3. Jika menggunakan mixer: Uli dengan mata penguli (kneading dough) selama 5 – 7 minit.

Jika menggunakan tangan : Taburkan di permukaan yang rata sedikit tepung serbaguna.  Uli doh di atas permukaan rata tersebut.  

4. Uli sehingga doh yang awalnya masih rasa melekat di jari sehingga ia tidak lagi melekat & apabila ditekan ia anjal. Bentukkan doh menjadi bulat.

5. Di dalam bekas lain, sapukan minyak masak di permukaan bekas.  Rehatkan doh selama 1 jam. Tutup doh dengan kain kering.





6. Setelah 1 jam, buka doh tersebut.  Doh akan mengembang menjadi 2 kali ganda saiz asal.  Terdapat udara yang terperangkap dalam doh tersebut.  Tumbuk doh tersebut agar udara yang terperangkap di dalam doh keluar.

7. Setelah itu, bentukkan doh menjadi leper mengikut kreativiti masing – masing. Bentukkan doh mengikut kesukaan masing-masing samaada bulat @ empat segi.

8. Kelim tepi doh agar lebih tebal dari permukaan doh pizza.  Boleh picit tepi doh atau lipat & kelim tepi doh untuk ini.

9. Sapu nipis minyak masak di permukaan doh pizza terutama di pinggir tepi doh pizza.

10. Kemudian ambil garfu & cucuk-cucuk permukaan doh pizza.

11. Letakkan ‘topping’(klik untuk lihat resepi topping pizza) pizza yang disukai.

12. Bakar pizza menggunakan suhu 218c, laras oven api atas & bawah. Bakar lebih kurang 12 – 15 minit bergantung kepada oven masing-masing.

13. Perhatikan kulit doh hingga berwarna keperangan (jangan sampai hangit).

14. Boleh angkat pizza.

Comments

Popular Post