Asam Rebus Ala Thai(Keng Som)


Kalau mak sy, dia panggil masakan ni Kaengsom. Kalo sini entah apa namanya. Asam rebus ke? Masak rebus kunyit ke? Rasanya masam manis gittew. Utk masakan ni sgt sesuai dgn ikan yg isi lembut. Tp ikan biasa pon hokay...no problem.

ASAM REBUS THAI

Ikan kembung / ikan sungai / ikan siakap
(Apa2 ikan yg isinya lembut)
Bawang putih - 3 ulas
Lengkuas - 2 inci
Serai - 1 @ 2 batang (diketuk)
Daun kesum (jika ada)
Cabai - 3 biji
Asam keping - 1@2 keping
Bendi / kangkung / umbut muda kelapa
Serbuk kunyit / kunyit hidup - 1 inci
Garam / gula secukup rasa
Sos ikan - 2sb
Belacan - optional

Cara Memasak
Masukkan air ke dalam periuk
Masukkan semua bahan tersebut ke dalam periuk.  Rasakan dengan garam dan gula
Rebus sehingga mendidih dan ikan telah masak

* Boleh juga dimasukkan putik mangga, nenas atau belimbing buluh.  Jika dimasukkan sayur ini, jangan masukkan asam keping sebab kerana sayuran tersebut telah sedia masam

Comments

Popular Post