Laksa Sarawak


Bahan Kuah (A)
Bawang putih - 5 ulas*
Bawang besar - 1 biji*
Halia - 5 inci*
Lengkuas - 4 inci* (*kisar)
Serbuk kari - 1 sudu besar (jika suka)
Air rebusan udang - 2 cawan
Santan - secukupnya
Pes Laksa Sarawak**

Bahan Lain (B)
Tauge
Cili Merah - dihiris nipis
Daun ketumbar - dihiris nipis
Udang harimau - 5 ekor (direbus)
Mihun - dicelur dengan air panas
Belacan
Limau Kasturi
Isi Ayam - Direbus dan dicarik halus
Telur Dadar - digoreng nipis dan dipotong halus
Tauhu kering - digoreng dan dipotong halus

**Cara Membuat Pes Laksa
Kisar bahan-bahan di bawah & tumiskan hingga pecah minyak:

Bawang merah - 15 ulas
Bawang putih - 5 ulas
Lengkuas - 2 inci
Serai - 4 batang
Cili kering - 20 tangkai (direndam, dibuang biji dan dibersihkan menggunakan air panas)
Buah keras - 5 biji
Jintan manis - 1sk
Jintan putih - 1 sk
Bijan - 1/2 cawan (digoreng tanpa minyak)
Kacang tanah -  1/2 cawan (digoreng tanpa minyak)
Belacan - 1 inci

Cara Memasak
  1. Tumis bahan A sehingga naik bau.  Masukkan sedikit air ke dalam serbuk kari dan kacau.  Tuangkan ke dalam bahan tumis tadi.  Tumis sehingga pecah minyak
  2. Masukkan air rebusan udang dan tapis pes laksa sarawak ke dalamnya.  Kacau perlahan supaya pes laksa sarawak supaya sebati dengan air. (Perlu tapis kerana pes laksa sarawak mengandungi bahan-bahan kisar yang tidak sesuai dibancuh dengan air)
  3. Masukkan santan dan kacau perlahan sehingga mendidih
  4. Perasakan dengan garam dan gula.  Kekalkan rasa kuah supaya memiliki rasa yang tidak terlalu masin kerana laksa sarawak dimakan bersama belacan
  5. Tumbuk belacan dan digaulkan bersama perahan limau kasturi
Cara Hidangan
  1. Tuangkan kuah ke atas bihun dan dimakan bersama Bahan B.  Perasakan dengan belacan yang ditumbuk dengan perahan limau nipis.

Comments

Popular Post