Cucur Bilis Rangup


Bahan-bahan
Bawang merah - dimayang
Daun sup - dihiris halus (jika suka)
Serbuk cili kering - 1 sudu kecil (jika suka)
Serbuk pati ikan bilis / ikan bilis yang dikisar
Tepung gandum
Sedikit garam
Air panas (yang baru mendidih)

Cara memasak 
  1. Gaul tepung gandum bersama bahan-bahan lain kecuali air panas
  2. Setelah digaul sebati, masukkan sedikit demi sedikit air panas yang baru mendidih.  Pastikan air yang digunakan adalah air panas yang baru mendidih.  Kerana jika air panas tersebut telah agak sejuk, cucur tadi akan menjadi keras apabila telah masak dan tidak lembut isinya.
  3. Gaul sehingga sebati.  (Kepekatan biar boleh pegang dan uli adunan)
  4. Selepas itu, uli menjadi bulat dan masukkan dalam minyak panas yang banyak 
  5. Kawal api agar sederhana besar
  6. Apabila cucur telah menjadi kekuning-kuningan, angkat dan toskan
* Tribute to Mak Yang (Mak Kak Win) kerana sudi ajar Wana buat resepi ini


Comments

Popular Post