Kerabu Sotong
Bawang besar - 1-2 biji (dihiris)
Cili padi - 5 batang (hiris nipis)
Daun ketumbar - 1 tangkai (dibersihkan & dihiris nipis)
Tomato - hiris nipis
Sotong - 5-7 ekor (dihiris bulat & direbus sebentar dalam periuk. Jangan masak terlalu lama kerana sotong jadi kurang segar jika dimasak terlalu lama
Sos ikan - 2sb
Gula padi (gula thai) - 2sb (jika tiada boleh gunakan gula merah @ gula biasa)
Garam - sedikit
CARA PENYEDIAAN
1. Bancuh sos ikan, jus limau nipis, gula padi & garam. Gaul sebati & perasakan masam manis pedas.
2. Masukkan sotong, bawang besar, tomato, cili. Gaul mesra.
3. Terakhir masukkan daun ketumbar. Jangan masukkan daun ketumbar awal-awal kerana rasanya kurang sedap apabila telah layu
4. Sedia dihidangkan.
Comments
Post a Comment