Tom Yam Putih

Tomyam putih dalam istilah 'saya' adalah Tomyam yang tidak dimasukkan pes tetapi hanya menggunakan jus limau nipis sebagai agen rasa masam. Dalam kebanyakan tomyam yang lain, asam jawa digunakan untuk mencipta rasa masakan dalam tomyam. Sebaliknya untuk resepi ini. Bahan-bahannya juga jauh lebih simple berbanding tomyam merah (istilah saya untuk yang pakai pes).

Untuk masakan ini memang perlukan banyak limau nipis dari 5 - 10 biji. Jika kurang, rasanya kurang seimbang.


Selain itu, tips untuk kesedapan masakan tomyam adalah menggunakan akar daun ketumbar (dibersihkan & diketuk) & dimasukkan ke dalam air rebusan tomyam. 

Lebih kurang sesudu besar sos ikan juga digunakan untuk menambah rasa tomyam.  Begitu juga 'gula kabung' jika ada, boleh dimasukkan sedikit ke dalam tomyam.

Itulah antara tips yang biasa digunakan oleh orang Thailand untuk memberikan rasa yang lebih enak dalam kebanyakan masakan mereka.

Selamat mencuba.

Bahan-bahan
Bawang besar - 1 biji
Daun Limau Purut - 3 helai
Serai - dititik
Tomato - dibelah dua
Cabai - secukupnya
Ayam / Daging / Udang / Sotong / Fishball
Bunga kubis / Lobak Merah / Saleri / cendawan
Jus limau nipis - 5 - 10 biji
Akar ketumbar - dibersihkan & diketuk(optional)
Sos ikan - 1 sb (optional)
Gula kabung - 1 sb (optional)
Garam
Gula

Cara Memasak
  1. Masukkan air mengikut kuantiti kuah yang diingini ke dalam periuk
  2. Masukkan bahan daun limau purut, serai, lauk terlebih dahulu
  3. Apabila lauk hampir masak, masukkan sayur, cabai, tomato dan bawang besar
  4. Perasakan dengan garam dan gula
  5. Setelah masak, perahkan jus limau nipis secukup rasa

Comments

Popular Post