Miso Sup (Japanese Food)
Dah lama nak makan, tp bahan takde. since start PKP banyak restoran tak buka, trpaksalah buat sendiri. Bahan²nya spt Dashi & Miso Paste takde di jual di supermarket biasa, so trpaksalah beli online. Since dah lama mengidam, dpt makan tu rasa puas ati giler 😋
Simple, yet tasty.
MISO SUP
Bahan-bahan
Dashi - secukupnya
Pes miso - 1sb
Rumpai laut - dihiris & direndam air kemudian diperah
Mushroom
Air
Tauhu lembut / tauhu - dipotong
Daun bawang
Optional :
apa² sayur yang disukai
(carrot, carrot putih, bayam, dll)
Cara memasak
1. Masukkan air ke dalam periuk. kemudian masukkan Dashi. Masukkan sayur yang agak keras spt carrot. Biarkan mendidih
2. Kemudian masukkan rumpai laut.
3. Dengan api kecil, masukkan tauhu. Kemudian masukkan pes miso. Kacau-kacau sebati.
4. selepas itu tutup api kerana jika masak terlalu lama tauhu akan keluarkan air (jd kurang sedap) & miso pes hilang rasanya
5. untuk masakan ini, tiada sos @ garam @ apa² bahan perasa ditambah. rasa hanya bergantung sepenuhnya pada dashi & pes miso.
6. hidangkan dengan daun bawang.
Beli kat mana Dashi & Miso Pes?
Saya beli kt Shopee. Nanti leh search
Dari Dapur Wana.
________________________________________
"Jika tidak dapat menjadi asbab kebaikan untuk orang lain, usahakanlah memelihara dirimu agar tidak menjadi asbab keburukan kepada orang lain".
Sabda Rasulullah ﷺ :
خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ
"Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain" (HR Ibn Hibban)
Rasulullah saw pernah ditanya tentang siapakah sebaik-sebaik Muslim, maka jawab baginda Nabi ﷺ:
مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ
“(Mereka) yang memberikan rasa tenteram kepada saudara Muslimnya daripada gangguan lisan dan tangannya.” (Riwayat Bukhari)
Ibnu Qayyim Al-Jauziyah rahimahullah berkata:
وَنَفْسُكَ إِنْ أَشْغَلَتْهَا بِالحَقِّ وَإِلاَّ اشْتَغَلَتْكَ بِالبَاطِلِ
Jika dirimu tidak disibukkan dengan hal kebaikan, pasti akan disibukkan dengan perkara² batil (keburukan)
Comments
Post a Comment