Gulai Jering Pucuk Paku (Gulai Jengkol Pakis)

 


Apabila saya katakan saya teringin nak makan gulai jering, respons biasa yang saya terima dari orang Malaysia adalah kening berkerut². Hehe. Ada yang ingat saya main², tapi saya serius. Bagi orang Malaysia, jering sinonim dimakan sebagai ulam mentah sahaja & tidak dimasak. Tetapi bagi orang Indonesia, glosari resepi 'Jengkol' (Jering) sangat meluas digunakan. Ada gulai, ada yang dibuat sambal dan lain². 

Alhamdulilah, pengalaman bermastautin di bumi Indonesia selama 3 tahun membuka mata saya tentang kulinari Indonesia yang unik & lazat.

Hari ini saya berpeluang masak gulai jering ni. Telah sekian lama berhajat nak masak, tetapi tidak mudah untuk mencari jering tua. Untuk masakan ini, jering yang diperlukan adalah dari jenis yang tua. Jika jering muda, rasanya kurang sedap. dah zaman berzaman saya menjengah kedai lauk pauk mencari jering tua, alhamdulillah kelmarin ada rezeki saya.

Nak masak gulai ni, memang nampak renyah, banyak step. tapi percayalah, penat lelah akan berbaloi kerana gulai jering ini sangat sedap! sekelip mata sahaja gulai ni boleh licin. apatah lagi penggemar jering tegar macam saya, makan jering ibarat ratah sahaja. ehehe...maksud saya jering gulai la. kalo jering mentah tu tak lawan ratah 😂.

So untuk yang sekian lama tertanya², tak percaya, percayalah ye. Jering memang sedap dibuat gulai. Tak percaya? jom try!

========================
GULAI JERING PUCUK PAKU 
========================

BAHAN A (dikisar halus & ditumis)
~~~~~~~~
Bawang merah - 5 ulas
Bawang putih - 3 ulas
Kunyit hidup - 2 inci (dibakar)
Halia - 2 inci
Cili besar merah - 3 biji
Cili padi - 5 biji
Buah keras - 3 biji (diparut & disangrai) 

BAHAN B
~~~~~~~~~~
Jering tua - direbus sampai empuk kemudian diketuk
Daun pucuk paku - seikat
(Blh juga menggunakan pucuk ubi kayu yang direbus terlebih dahulu, dibuang airnya & dihiris kasar)
Daun limau purut - 2 helai
Daun salam (Bay Leaves) - 2 helai 
Lengkuas - 2 inci (diketuk)
Serai - 1 batang (diketuk)

Santan
Garam
Gula

CARA PENYEDIAAN
==================

JERING
~~~~~~
1. Jering dikupas kulit, dibelah dua. Kemudian direbus sehingga masak dalam setengah jam hingga 1 jam. Kulit nipis jering akan terapung apabila dimasukkan ke dalam air panas, kutip & buang. Pastikan jering benar-benar masak & toskan air. Angkat
2. Ketuk manja jering dengan lesung agar jering sedikit lembut

GULAI
~~~~~~~~~~ 
1. Tumiskan bahan A hingga pecah minyak.
2. Masukkan santan & bahan B kecuali pucuk paku. Masak sehingga mendidih. Masukkan daun pucuk paku. Sentiasa kacau santan agar santan tidak pecah minyak.
3. Perasakan dengan garam & gula.

Dari : Dapur Wana


Comments

Popular Post