Kari Hijau Thai (Kaeng Khiao Wan)



BAHAN A (PES KARI) - DIKISAR HALUS

Bawang merah - 4 ulas
Bawang putih - 4 ulas
Cili padi hijau - 10 batang (tergantung kepedasan masing²)
Serai - 1 batang (dihiris nipis)

Lengkuas - 1 inci
Halia - ½ inci
Daun selasih - 1 genggam
Daun ketumbar - 1 pohon (termasuk akar diambil)
Serbuk ketumbar - 1 sb
Serbuk jintan manis - ½ sb
Serbuk lada sulah - ½ sb
Belacan - 1 inci

BAHAN B (KUAH)
Santan
Ayam - dipotong kecil
Daun selasih - 1 genggam
Daun limau purut - 5 helai
Tomato
Terung pipit
Terung bulat
Kacang panjang
Sos ikan - 3 sb
Jus limau nipis - 3 sb
Gula padi / gula melaka

CARA MEMASAK PES
1. Kisar halus semua bahan A
2. Masukkan sedikit minyak & tumiskan bahan-bahan di atas sehingga garing
3. Matikan api

CARA MEMASAK KUAH
1. Masukkan pati santan ke dalam periuk
2. Masukkan pes yang telah ditumis tadi
3. Masukkan ayam. Tunggu sehingga ayam agak kecut
4. Masukkan air & bahan-bahan lain kecuali daun selasih. Tomato dimasukkan agak kemudian kerana ia cepat masak.
5. Gulai perlu sentiasa dikacau agar tidak pecah minyak
6. Apabila kuah telah mendidik & ayam empuk, masukkan daun selasih
7. Tutup api

Comments

Popular Post