Chawan Mushi Japanese Food (Telur Kukus Berlauk Jepun)
6 biji telur - dipukul
Secawan air rebusan ayam @ kiub ayam
Kicap cair - secukup rasa
BAHAN B (LAUK) :
Isi ayam / udang - dihiris
(blh letak apa² sahaja yang disukai)
Mushroom - dihiris
Filet ketam - dihiris
*Seaweed - dihiris nipis
BAHAN C
*Plastik pembalut sandwich. tak tau apa namanya. tp yg lembik² & transparent. sape taw nama specific dia leh gtau sy.
CARA MEMASAK
1. Campurkan bahan berikut. pukul rata & kemudian tapis.
2. Dalam mangkuk kukusan (elok mangkuk kecil² supaya masak cepat dalam kukusan) susun lauk berikut :
ayam @ udang
mushroom
filet ketam
3. Masukkan bancuhan telur ke dlm mangkuk. Masukkan hanya ⅔ bancuhan telur tersebut kerana telur akan kembang.
4. Taburkan daun bawang & seaweed
5. Balutkan mangkuk tersebut dengan plastik pembalut sandwich.
6. Kukus lebih kurang 20 minit - 30 minit. Then angkat. Sedap dimakan panas². ratah camtu pon best.
Lauk tu sesuka ati korang nak letak ape sebenarnya. nak letak unta pon boley
Comments
Post a Comment