Ketupat Sotong

 

Bahan-bahan

Sotong

Halia - dihiris nipis

Bawang merah - dihiris nipis

Halba (takde pn xpe) - 4 biji

Santan

Beras pulut - direndam dlm air sekurang²nya 5 jam

Garam

Daun pandan - disimpul

Lidi

Cara Memasak

1. Bersihkan sotong. Masukkan beras pulut yg direndam td ke dlm perut sotong. Jgn penuhkan ruang sebaliknya hanya isi ⅔ dr perut sotong. Then masukkan kepala sotong & cucukkan lidi ke kepala sotong tembus ke bdn sotong

2. Masukkan sotong dlm periuk. Masukkan semua bahan² lain. Apabila mendidih, sentiasa kacau santan perlahan² spy santan tidak pecah minyak. Masak sehingga kuah santan menjadi pekat, gelap & nampak sedikit berkilat.

3. Apabila masak tutupkan api. Sedia dihidangkan

Dari Dapur Wana 

Comments

Popular Post