Ketam Mentega (Butter Crab)
2, 3 ari ni Ma dok sebut lama dah tak makan Ketam Mentega. 3 hari lepas dh beli ketam, abg long masak ketuk serai. Sbb Ma dok sebut² saje masak ketam lg buat ilang rasa kempunan dia. So dgn gigihnya td brsilat kat dapur. Ble siap ckp kat Ma nanti Ma makan ek, tp katanya Ma tak boleh makan ketam. Adei 😂. Katanya nanti Ma cuit kuah ketam buat ilang rasa kempunan. So ni resepinye ye adik kakok. Simple gilerrrr
Bahan A
Bwg putih - 3 ulas
Cili padi - 3 ulas
Daun kari
Bahan B
Susu cair - 1 tin
Ketam - dibersihkan & digoreng dengan minyak & toskan
Garam
Gula
Cara masak :
1. Panaskan mentega. Tumiskan bahan A hingga keperangan
2. Masukkan semua Bahan B yang lain. Perasakan manis masin. Gaulkan.
3. Tutup api
~ Dari Dapur Wana
10 Mei 2019
Ramadhan
Comments
Post a Comment