Mi Bakso Sapi
Sepanjang Ramadhan, semakin terkenang2 saat bertugas di Indonesia selama 3 tahun. Banyak kenangan indah ketika di sana terutama dapat mengenali insan-insan yang baik hati (rindu orang Pekanbaru) & juga dapat menyelami budaya masyarakat Melayu Indonesia.
Bakso ni sebenarnya gelaran utk fishball / meatball. di belakangnya
ditambah perkataan sapi = daging.
Kalo tengok rupa, nampak takde beza dengan mee celup. tapi rasanya
sangat berbeza. Dalam masakan indonesia, kebanyakannya banyak suka menggunakan
merica (serbuk lada putih) berbanding lada hitam.
masakan indonesia juga banyak menggunakan buah keras & buah pala
dalam menu mereka.
Semua sambal kebanyakannya ditumis. sangat berbeza dengan masakan
malaysia yang kebanyakannya sambal mentah seperti sambal belacan.
Okla, panjang pulak ceritanya. ni resepinya.
Bahan A (Tumis)
Bawang putih - 3 ulas (dikisar halus)
Bawang merah - 5 ulas (dikisar halus)
Buah keras - 7 buah (dikisar halus)
Daun bawang - dipotong panjang & dibelah dua
Bahan B (Kuah sup)
Air rebusan daging @ tulang
(Jika tiada masukkan kiub daging)
Serbuk lada putih - 2sk
Serbuk lada hitam - 1sk
Garam
Daun sup - di buang akar & dimasukkan daunnya tanpa dipotong
Buah pala - 2 biji (diparut)
Bahan C
Maggi / Bihun / Suhun - Dicelur
Bakso (meatball)
Daun bawang - dihiris
Sawi - dicelur
Bahan D (Sambal cili)
Cili padi - 5 batang (jika hendak pedas blh bubuh lebih. jika hendak kurangkan
pedas boleh guna cili besar)
Bawang putih - 3 ulas
Bawang merah - 5 ulas
Serbuk lada putih - 1 sk
Jus limau nipis - 2sb
Garam
Gula
CARA MEMASAK KUAH
1. Masukkan minyak ke dalam kuali, tumiskan bahan A sehingga berwarna
keperangan.
2. Dalam periuk yang lain, masukkan air & bahan² B. Kemudian
masukkan bahan2 yang ditumis tadi.
3. Tungu sehingga kuah mendidih agak lama. Perasakan dengan garam
4. Setelah itu masukkan bakso sapi & biarkan mendidih. Kuah siap.
CARA MEMBUAT SAMBAL CILI
1. Cili padi, bawang putih & bawang merah direbus terlebih dahulu.
selepas itu toskan & blender halus
2. masukkan minyak ke dalam kuali, tumiskan bawang putih, bawang merah
& cili yang telah direbus tadi. tumis sehingga naik minyak.
3. Setelah itu masukkan semua bahan D yang lain. Setelah kuah pekat,
tambahkan sedikit air & biarkan mendidih. sambal siap
CARA HIDANGAN
Masukkan maggi yang telah dicelur ke dalam mangkuk. tuangkan kuah, letakkan bakso & tabur sawi & daun bawang. dimakan bersama sambal cili
Comments
Post a Comment