Nasi Dagang Terengganu
BAHAN NASI DAGANG
Beras wangi - 2 cawan
Santan - 1 ½
Halba - 1sk
Bawang merah - 3 ulas (dihiris)
Halia - 1 inci (dihiris)
Daun pandan - 2 helai
Garam - secukupnya
Gula - secukupnya
CARA PENYEDIAAN
Cuci beras bersih & rendam sebentar beras sebelum dikukus
Masukkan air ke dalam pengukus & biarkan air dalam kukusan panas terlebih dahulu sebelum masukkan beras untuk dikukus.
Alaskan daun pandan, masukkan beras ke pengukus & kukus sehingga hampir masak lebih kurang 20-30 minit.
Keluarkan beras & isi dalam mangkuk. Gaulkan beras tersebut bersama santan, garam & gula. Masukkan kembali ke dalam pengukus & kukus kembali beras sehingga masak.
Setelah masak, angkat nasi tadi & gaulkan sekali lagi dengan santan pekat, hirisan bawang merah, halia & sedikit halba. Gaul rata perlahan-lahan. Jangan letak terlalu banyak halba kerana halba cenderung menjadi pahit jika terlalu banyak.
Sedia dihidangkan.
GULAI IKAN TONGKOL
Bahan A (Kisar halus)
Bawang putih - 3 ulas
Bawang besar - 1 Ulas
Lengkuas - 2 inci
Halia - 2 inci
Cili kering - 2sb
(Saya gunakan serbuk cili kering & dibancuh dengan air).
Bahan B
Santan - 1 kotak
Serbuk rempah Ros - 1 sb
(Kalau takde boleh guna rempah kari adabi, dll)
Cili padi - tidak dihiris, dibiarkan sebiji-sebiji
Asam keping - 2 keping
Gula melaka / gula - Secukupnya
Garam
Cili api - 10 biji
Belimbing buluh - jika ada
(Jika masukkan belimbing buluh seimbangkan rasa dengan asam keping kerana asam keping juga masam)
Telur ayam - direbus & dikupas kulit
(jika hendak makan gulai bersama telur rebus)
CARA PENYEDIAAN
Ikan dibersihkan & dipotong agak serong (supaya nampak cantik). Rebus bersama garam & asam keping. Air jangan terlalu banyak, hanya tinggi sedikit dari ikan. Rebus sehingga air tinggal separuh.
Gulai ikan tongkol akan rasa lebih enak jika ikan tongkol direbus sehari sebelum Nasi Dagang dimasak & disimpan dalam peti ais.
Dalam periuk lain, tumis Bahan A & rempah gulai Cap Ros & cili kering. Tumis sehingga bahan menjadi garing & pecah minyak.
Masukkan santan & kacau gulai. Kemudian masukkan gula melaka / gula seterusnya ikan tongkol rebus tadi.
Biarkan rasa ikan tongkol menyerap ke dalam gulai. Perasakan. Berhati-hati dengan penggunaan garam dalam masakan ini kerana ikan tongkol telah sedia masin.
Jika perlu, boleh masukkan air rebusan ikan tongkol ke dalam gulai. Jika tiada keperluan, jangan masukkan asam keping lagi kerana ikan tadi terlebih dahulu direbus dengan asam keping.
Rebus dengan api sederhana & kacau sebati. Tutup api.
Gulai ikan tongkol lebih enak jika disediakan pada hari sebelumnya. Ketika dihangatkan, rasa ikan tongkol yang direbus telah sebati dengan gulai.
Selamat mencuba!
Dari : Dapur Wana
Comments
Post a Comment